Malaysia Homeopathy Cyber Library

       Promoting Homeopathy All Malaysia Over and Virtually.

 

Kembali

 

 

 

Promo produk terbaru HBI, "Materia Medika Homeopati". [ watsap: 010-3035123]

  

PELANCARAN "MATERIA MEDIKA HOMEOPATI"

(Laporan - 18 Jun - Okt 2021)

 

oleh:  Penulis Tamu HBI

(Perpustakaan Siber Alternatif Malaysia)

 

Pada hari Ahad, 13 Jun 2021, telah berlangsung Majlis Pelancaran buku "Materia Medika Homeopati" yang diterbitkan oleh HBI Health & Homoeopathy Centre. Majlis berkenaan telah dilangsungkan secara Online atau melalui GoogleMeet. Majlis pelancaran ini telah diusahakan oleh Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (PPHM) melalui kepakaran Jawatankuasanya kerana kebetulan waktu ini Malaysia sedang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19.

   Buku "Materia Medika Homeopati" merupakan sebuah buku yang disaring daripada buku Pocket Manual of Homoeopathic Materia Medica, karangan Dr. William Boericke. Saringan terjemahan ini telah dihasilkan oleh sdr Hp Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD, yang merupakan seorang penulis buku-buku homeopati yang tidak asing lagi dan juga konsultan kepada HBI Health & Homoeopathy Centre

  Menurut penulisnya, buku ini berhasil dilengkapkan dalam tempoh setahun sejak PKP pada awal tahun 2020. Bagaimanapun, beliau telahpun mula menterjemah keseluruhan remedi "A" pada bulan November 2019 ketika beliau bersedia untuk melancarkan satu program Pelancaran Buku Panduan Praktikal Terapeutik Homeopati dan Penyampaian buku-buku Terbitan HBI kepada beberapa perpustakaan dan Persatuan Homeopati, bertempat di di Kolej MARA Banting, juga bersama dengan Dato Dr Suriyakhatun Osman.

      Buku Materia Medika Homeopati ini mengandungi 692 remedi dan telah diterbitkan dalam 3 Jilid. Dengan itu juga, ini bermakna ia adalah sebuah buku terbesar pernah diterbitkan di Malaysia sehingga ke hari ini. Buku ini telah mendapat sokongan yang kuat daripada rakan-rakan FB sepanjang ianya di post ke laman HBI Homeopathy Centre bagi tujuan disemak bersama oleh rakan-rakan homeopati.

   Dalam Majlis Pelancaran yang julung-julung kali diadakan ini, ia telah dihadiri secara atas talian oleh seramai lebih kurang 50 orang pengamal dan peminat homeopati. Program itu bersiaran antara jam sepuluh pagi (10.00 am) sehingga jam sebelas setengah pagi. Majlis itu telah dipengerusikan oleh Puan Hjh Norliza bte Mohd Nordin, Setiausaha PPHM.

   Majlis berkenaan telah didahului oleh penyampaian ucapan oleh Hp. Mohamed Hatta Abu Bakar sebagai penterjemah yang menyaring Materia Medika Homeopati Dr. Boericke. Beliau telah menerangkan mengenai sejarah beliau menulis di mana, daripada empat belas buku yang beliau tulis dan terjemahkan, buku Organon Perubatan Homeopati dan buku terbaru Materia Medika Homeopati merupakan buku yang paling sukar untuk beliau hasilkan dan memakan masa yang sangat lama.

   Dalam penghasilan kedua buku tersebut, beliau telah mendapat kekuatan hasil daripada sokongan Dato Dr Suriyakhatun Osman, yang memberikan pandangan awal sejak beliau mulai menulis buku tersebut. Rakan-rakan homeopati yang melihat potensi sumbangan karya saringan terjemahan juga telah banyak melontarkan pandang positif.

 

   Tiga jilid buku berkenaan telah dipasarkan dengan bantuan PPHM dengan ulasan positif daripada Dato Dr Suriyakhatun serta kawan-kawan homeopati pada harga RM180.00. Dalam tempoh enam bulan ia hanya dibuat pelancaran jualan secara pos dengan kos pos sebanyak RM20 menjadikan belanja  buku berkenaan sebanyak RM200. Pihak HBI juga telah menghadiahkan buku Panduan Praktikal Terapeutik Homeopati kepada setiap pembeli daripada kalangan pengamal PPHM. Sementara yang bukan ahli PPHM telah menerima hadiah buku Pengantar Falsafah Perubatan Homeoati.

    Sekarang buku berkenaan sudah boleh didapati melalui beberapa pembekal ubat homeopati seperti Perubatan Homeopati Mulia di Kota Bharu dan TM Shafi di Kuala Lumpur. Ia juga boleh dipesan terus kepada pengurusan HBI pada bila-bila masa sahaja selagi stok masih ada.

 

 

--------------------------------------------------------------

     IKLAN :

Sekian. Wa Llahu a’lam.

HBI Health & Homoeopathy Centre
drhatta123@gmail.com

 


Sumber:

Virtual copyright © HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE 2021