Koleksi Dr.Burhanuddin al-Helmy diabadikan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Khazanah

 

 

 

 

 

HBI Health & Homoeopathy Centre

 

 

 

 

 

alhelmy

 

 

Dr. Burhanuddin al-Helmy

Ketokohan Dr. Burhanuddin al-Helmy dalam arena politik tanah air dan kepulauan Melayu sedia dimaklumi dan dikagumi. Di Malaysia, namanya digarap bersama tokoh-tokoh seperti Dato Onn Ja’afar dan Tunku Abdul Rahman. Beliau dianggap penggerak utama dalam membangunkan kesedaran politik tanah air. Biografi beliau dirakam oleh pihak lawan dan rakan seperjuangan. Bahkan namanya juga diukir serta diabadikan di beberapa tempat di tanah air.

Di sebalik kecemerlangan dalam perjuangan Islam dan politik tanah air, Dr. Burhanuddin sentiasa disebut-sebut sebagai pengasas perubatan homeopati di Malaysia. Walaupun beberapa persatuan homeopati di Malaysia boleh bertikam lidah dalam perjuangan dan mengkedepankan sumbangan masing-masing, namun dalam menyatakan tokoh yang pertama memperkenalkan homeopati ke Malaysia, mereka tetap bersepakat. Tidak kurang juga mereka yang menumpang tuah nama beliau bagi menarik orang ramai menyertai persatuan dan mempelajari homeopati.

Latar belakang Tokoh

Menurut satu sumber, Dr. Burhanuddin dilahirkan pada pada 29hb Ogos 1911 (Abdullah Hussain, walaupun ada yang berpendapat tarikhnya pada bulan November) di Kampung Changkat Tualang, Taiping, Perak. Dr. Burhanuddin merupakan seorang yang lemah lembut, bersopan santun dan bertanggung-jawab. Beliau juga adalah seorang pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan cekap berbahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Bahkan beliau boleh bertutur bahasa Cina dan Tamil. Selain populariti beliau dalam arena politik, beliau turut disegani dan dikagumi oleh kawan dan lawan dalam berpidato dan karang mengarang.

Dalam bidang homeopathy, beliau berkelulusan Medical Doctor of Homoeopathy (M.D.H) daripada Ismeliah Medical College, Hydrabad, INdia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Copyright: HBI Health & Homoeopatbhy Centre 2011

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD