Koleksi Dr.Burhanuddin al-Helmy diabadikan.HBI 

 

 

Khazanah

KHAZANAH ILMU DR. BURHANUDDIN

 

 

 

alhelmy

PENGENALAN KEPADA HOMEOPATI

 

TAFSIRAN VITAL FORCE

 

Dalam ilmu perubatan homeopati, Dr. Burhanuddin merupakan orang paling awal yang menghubungkan konsep roh dan tenaga hayat (yang diistilahkan oleh Dr. Samuel Hahnemann sebagai ‘vital force’) di mana dengan adanya roh itulah maka wujudnya kehidupan dan kesihatan. Katanya:

 

    Sumber hidup dan sihat dari roh iaitu tenaga dari dalam diri itu, ahli-ahli perubatan mengenal dan menamakannya tenaga hayat (vital force). Ahli-ahli perubatan homeopati mendasarkan kesembu­han itu timbul dari dalam iaitu dari tenaga hayat, bukan dari luar dan kerana kesembuhan itu datang dari dalam bukan dari luar, maka penyakit pun datang atau berpunca dari dalam yang menjadikan orang itu mengidap sakit, dan sakit atau penyakit yang ada di luar itu sama ada berkuman atau tidak adalah penjelmaan kerja yang rosak yang tidak sihat dari dalam dan dari punca tidak betulnya kuasa hayat. [BMK&MM]

 

    Vital force yang dimaksudkan oleh Dr. Hahnemann mungkin kelihatan luas maknanya, tetapi jika diperhatikan para 10 buku Organon of Medicine, sememangnya penjelasan Dr. Burhanuddin itu tepat. Organon menyatakan: “Tanpa vital force, organisma material tidak berupaya untuk dapat merasa, bertindak dan mempertahankan diri­nya. Tanpa vital force, tubuh akan mati....

 

TOP

 

 

 

 

HBI Health & Homoeopathy Centre