|
KHAZANAH DR. BURHANUDDIN AL-HELMY |
|
|
|
|
alhelmy |
FALSAFAH POLITIK BANGSA TEORI JATUH BANGUN BANGSA
Teori ini dijelaskan oleh Dr. Burhanuddin dengan memetik dan merujuk kepada firman Allah s.w.t. Katanya:
“Bahawasanya bumi ini dipusakai oleh hamba-hambaku yang berbuat baik. (al-Anbia’: 105) jikapun kedua-dua kerajaan yang berperang itu musyrik sama-sama engkar kepada hukum Allah, tetapi mana yang ada lebih cenderung kepada keadilan dan kebenaran, maka kemenangan itu diberikan Allah kepadanya sementara dan ditewaskan yang lebih jauh daripada kebenaran dan keadilan, sehingga kebenaran dan keadilan yang penuh tiba barulah gugur segala kebatilan....”
“Dan selama ini kejatuhan bangsa kita umat Islam umumnya bukan kerana agama Islam dan ajarannya, tetapi oleh pengikut-pengikut agama Islam itu sendiri melencong dan meninggalkan Islam sebagaimana yang dibuktikan oleh penyiasatan-penyiasatan Syed Jamaluddin al Afghani dan al Marhum Sheikh Muhammad Abduh. Kata mereka:"Islam itu disembunyikan oleh kaum Islam itu sendiri”. [Agama & Politik]
|
|
|
|
|
HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|