|
KHAZANAH DR. BURHANUDDIN AL-HELMY |
|
|
|
|
|
PENGENALAN KEPADA
HOMEOPATI TAKRIF HOMEOPATI
Allahyarham Dr. Burhanuddin telah menyampaikan dengan tepat takrif homeopati secara berulang-ulang. Di antaranya ialah:
“Homeopati ialah satu sistem ilmu perubatan yang mempunyai falsafah yang teguh, iaitu perubatan yang menggunakan kaedah SERUPA atau mengubat mengikut RAKSI atau mengubati seseorang sakit itu dengan ubat yang serupa semboyannya. Iaitu bila sesuatu ubat atau racun yang berkhasiat ubat dimakan oleh orang sihat akan membuat beberapa sakit dan penyakit maka ubat yang demikian itu bolehlah diubatkan atau menyembuhkan sesuatu penyakit atau sakit yang serupa dengan khasiat ubat itu.”
"Cogan kata kaedah ini disebutkan dalam bahasa Latin: Similia-Similibus-Curentur. Ertinya: 'Serupa dengan serupa boleh menyembuhkan.'"
"Homeopathy berasal dari perkataan Greek. Homeo ertinya seperti, seakan-akan, semisal, serupa, seiras, seraksi. Pathy dari perkataan Pathos ertinya sakit atau penyakit, penanggungan sakit. Maksud homeopathy itu ialah cara perubatan yang seraksi atau cara mengubat orang sakit dengan ubat yang berkhasiat serupa dengan semboyan orang sakit itu". [FPH]
Penyampaian Dr. Burhanuddin seperti yang tertera di dalam nota kuliah beliau membawa pengertian yang sama dengan terjemahan Inggeris iaitu "similar" atau "like" bagi Homeo dan "suffering" dan "disease" bagi Pathos.
Mereka yang kurang memahami istilah penting ini telah menyimpang dengan menterjemahkan Homeo sebagai "sama" atau "persamaan". Dengan itu mereka memaknakan Homeopati sebagai sama penyakit, penderitaan yang sama dan 'Similia Similibus Curentur' sebagai “Biarlah yang sama disembuhkan oleh yang sama”.
Kesilapan yang kelihatan kecil ini telah memberi suatu cerminan yang keliru kepada prinsip asas falsafah perubatan homeopati iaitu the Law of Similars yang disalahterjemahkan sebagai hukum atau undang-undang persamaan. Sedangkan Dr. Burhanuddin mengutarakannya sebagai undang-undang seraksi.
Di zaman Dr. Samuel Hahnemann, beberapa orang doktor alopati yang cuba mengkritik beliau juga tidak faham apa makna homeopati. Mereka telah menerima sindiran yang memalukan daripada Dr. Hahnemann sendiri. Kini di Malaysia, kita berhadapan dengan sebahagian pengamal homeopati sendiri yang gagal memahami makna homeopati sebagaimana yang dikehendaki. Tetapi mereka menggelar diri masing-masing sebagai doktor homeopati. |
|
|
|
|
HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|