|
KHAZANAH ILMU DR. BURHANUDDIN
|
|
|
|
|
|
PENGENALAN
KEPADA HOMEOPATI SIMILIMUM DALAM HADIS
Daripada
intisari tulisan Dr. Burhanuddin di dalam bukunya Falsafah Perubatan
Homeopati, beliau menyatakan:
Hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Abu Daud sebagaimana yang
dipetik oleh Dr. Burhanuddin tersebut jelas sekali tidak membawa maksud 'persamaan' tetapi
'keserupaan'. Hadis tersebut tidak menyebut sayap yang sama yang membawa kesembuhan,
tetapi salah satu sayapnya mengandungi racun (kuman, penyakit) sementara yang lagi satu
mengandungi penawar (antidot). Sayap yang kanan dan kiri yang datang daripada lalat yang
sama itu sememangnya tepat dikatakan 'serupa'. Itulah konsep "homoeo"
(serupa/similar) dalam homeopati dan bukannya konsep "homo"
(sama/same) yang disalahfaham.
Tidak dapat dinafikan bahawa Dr. Burhanuddinlah merupakan orang yang pertama mempertalikan
hadis nabi dengan konsep undang-undang seraksi homeopati. Hal tersebut terbawa-bawa oleh
para murid yang menerima didikan homeopati daripadanya. Yang demikian, penjelasan mengenai
kisah Nabi Ya'qubpun masih menerangkan konsep similimum. Di mana baju gamis (Nabi Yusuf)
yang berlumuran darah dengan darah palsu adalah penyebab yang menyebabkan Nabi Ya'qub
bersedih dan hilang penglihatannya. Sementara yang menyembuhkan matanya ialah apabila
ayahnya mendapat berita gembira setelah mencium dan diletakkan di wajahnya "baju
gamis" kepunyaan Nabi Yusuf beberapa tahun kemudian. Baju gamis itu masih membawa
konsep 'serupa' bukan konsep 'sama'.
|
|
|
|
|
HBI Health & Homoeopathy Centre
|
|
|
|
|
Virtual copyright © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2011 |
|
|
|
|
|
|
|