|
KHAZANAH ILMU DR. BURHANUDDIN
|
|
|
|
|
|
PENGENALAN
KEPADA HOMEOPATI
PERANAN SEMBOYAN
Semboyan adalah istilah yang dipakai
oleh Dr. Burhanuddin bagi istilah semasa simptom (symptom). Berkaitan
dengan peranan simptom dalam rawatan biokimia homeopati, beliau menjelaskan:
Di dalam perubatan biochemistry semboyan-semboyan penyakit yang pokok
itulah yang dikaji dan diteliti, kerana semboyan-semboyan itu adalah merupakan petunjuk
kepada penawar yang dikehendakinya bagi satu-satu kes penyakit. Setiap garam hidup
masing-masing ada mempunyai gambar semboyan atau symptom picture yang
tersendiri, umpamanya seperti menyentak-nyentak (spasm). Simpul biawak dan sakit
pada urat-urat saraf adalah semboyan daripada Mag. phos.
Nama yang diberi kepada satu-satu penyakit seperti yang disebutkan itu
tanpa memberitahu sifat-sifat sakitnya adalah tidak memberi apa-apa pertolongan di dalam
pemilihan penawar yang tepat. Yang penting ialah mempelajari sifat-sifat semboyannya,
sehingga di kalangan ahli biokimia terdengar perkataan seperti sakit Ferrum phos.(iaitu jenis sakit yang mempunyai simptom
penawar Ferrum phos.), atau pesakit Calc. phos. atau pesakit Kali phos. dan lain-lain.
|
|
|
|
|
HBI Health & Homoeopathy Centre
|
|
|
|
|
Virtual copyright © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2011 |
|
|
|
|
|
|
|