|
KHAZANAH ILMU DR. BURHANUDDIN
|
|
|
|
|
|
PENGENALAN
KEPADA HOMEOPATI KONSEP SAKIT DAN SIHAT
Dalam penerangan Dr. Burhanuddin,
terdapat satu fahaman dan nada yang hampir sama apabila beliau membicarakan persoalan
politik bangsa maupun perubatan. Ini berlaku apabila beliau berusaha mengaitkan dengan
agama Islam sendiri di mana mengenai Islam beliau kerap menyebut Ajarannya tepat dan
betul mengenai segenap keperluan dan kepentingan (1) jasmani (2)
akal (3) ruh.
[FKM]
Dalam ceramah politik beliau pernah menyatakan watan memerlukan bangsa yang kuat,
bangsa yang kuat memerlukan tubuh diri yang sihat dan iman yang kuat. Hal tersebut secara
tidak langsung berkait dengan konsep sihat dan sakit atau kuat dan lemah. Dalam homeopati
beliau menyebutkan bahawa:
Falsafah homeopati telah sedia lama membuktikan bahawa manusia itu ialah
tubuh yang TRIMUTRI iaitu tiga dalam satu, atau pergabungan tiga diri. Tiap-tiap seorang
diri itu mesti mempunyai tiga susunan iaitu tubuh -
akal - nyawa (body - mind - soul).
Tubuh jasmani itu ibarat sangkar atau rumah. Maka dalam sangkar atau rumah itulah diam dan
hidupnya roh, semangat dan akal. Ketika ketiga-tiga trimutri ini berjalan dengan betul dan
aman damai, maka orang yang mempunyai diri itu merasa senang, rehat dan segar. Itulah yang
dikatakan sihat.
Bila penunggu di dalam tubuh itu tidak berjalan dengan betul (disorder)
seseorang itu akan merasa berbagai-bagai yang merungsing dan tidak menyenangkan dalam
dan pada tubuhnya. Maka yang demikian itu dikatakan SAKIT (Disease).
Jika itulah konsep sebenar sihat dan sakit, menurutnya:
....maka yang paling tepat bagi seseorang tabib ialah memperkatakan tentang
soal mengubati seseorang itu lebih (baik) daripada memperkatakan tentang soal
mengubati sakit atau penyakitnya kerana sakit dan penyakit itu masih di luar
atau cuma tanda-tanda...., manakala yang sakit dan punca tempat atau sebab sakit itu ialah
dari yang menunggu dan yang berdiam dalam sangkar tubuh itu.
Sebagai orang yang arif dalam agama, beberapa penjelasan lanjut beliau sekali lagi
didokong oleh hadis dan ayat-ayat al-Qur'an.
Kesimpulan beliau, seperti yang disaran oleh pengamal dan doktor perubatan atau
doktor homeopati Barat, iaitu:
Kerana itulah doktor-doktor homeopati tidak begitu mengambil berat sangat
terhadap yang berkenaan patologi, etiologi, histologi dan sebagainya, tetapi
sangat-sangat mengutamakan segala semboyan-semboyan atau
symptomology yang
dikirimkan oleh diri halus dari bahagian rohani kepada bahagian jasmani seseorang dalam trimutri
itu, kerana di situlah duduknya rahsia sebab sakit dan penyakit dan di sinilah pula
letaknya rahsia pemilihan penawar atau ubat yang serupa dan seraksi. [FPH]
|
|
|
|
|
HBI Health & Homoeopathy Centre
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|