|
KHAZANAH ILMU DR. BURHANUDDIN
|
|
|
|
|
|
PENGENALAN
KEPADA HOMEOPATI PENGETAHUAN TENTANG ROH
Istilah vital force bukan saja
menjadi rahsia di kalangan ahli homeopati. Di dalam ilmu perubatan lainpun, konsep yang
melihat sakit dan sihat itu dari sudut keseimbangan vital force atau tenaga hayat
ataupun roh memang ada. Tetapi sebagai orang yang terdidik dengan ilmu agama, Dr.
Burhanuddin menyebutkan bahawa pengetahuan tentang roh itu telah dijelaskan oleh al-Qur'an
iaitu:
.... dan mereka bertanya kepada engkau perihal roh,
katakan sahaja roh itu urusan Tuhanku. Kamu tidak diberi ilmu kecuali sedikit sahaja.
(al-Isra'a: ayat 85)
Beliau menyimpulkan:
Ternyata dua perkara daripada pertunjukan ayat yang pendek ini, (1) roh dan
jiwa itu urusan Tuhan (2) ilmu roh sedikit sahaja dikurniakan kepada makhluknya dan
sedikit pula makhluknya yang tahu.... jika dapat mesti disimpan betul-betul dalam peti dan
rumah yang selamat.... Yang demikian ahli yang mendapat kurnia ilmu roh itulah yang
mendapat memelihara hidup yang sihat dan bernilai dan merekalah yang nampak atau
mengetahui rahsia ramuan atma jiwa itu.
[Bagaimana Menjaga Kesihatan & Mengekalkan Muda]
|
|
|
|
|
HBI Health & Homoeopathy Centre
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|