|
KHAZANAH ILMU DR. BURHANUDDIN
|
|
|
|
|
|
PENGENALAN
KEPADA HOMEOPATI PROVING
Istilah yang paling tepat bagi
memaknakan perkataan proving ini ialah
ujibukti sebagaimana yang digunapakai di dalam buku-buku terbitan HBI.
Keterangan Dr. Burhanuddin berkaitan perkataan ini ialah:
Proving diambil daripada bahasa German proben
.di dalam bahasa Inggeris perkataan
prove ertinya mencuba, menguji,
menentukan mutu, mencuba dengan merasa, menanggungkan, menetapkan atau mentahqiqkan sesuatu kebenaran dan kenyataan, menunjukkan
ketulenan dan menentukan kebetulan sesuatu natijah.
Proving itu artinya mencubakan sesuatu
ubat kepada beberapa orang yang sihat, lelaki dan perempuan di suatu atau beberapa tempat.
Ubat-ubat itu dicubakan berulang kali sehingga khasiat ubat-ubat itu telah nyata dan
terang sampai kepada kemuncak khasiatnya.
Proses proving itu berjalan
berminggu-minggu dan berbulan-bulan hingga selesai betul. Apabila telah dapat
keterangan-keterangan, alamat-alamat atau semboyan-semboyan daripada prover itu, maka disusunkan pula secara susunan materia
medica yang dikehendaki iaitu dibahagi
semboyan-semboyan itu kepada bahagian yang pertama, penting, mustahak dan bahagian
darjat
Sesudah diadakan proving yang pertama
pada suatu ubat itu, diadakan pula beberapa proving lagi.
Beberapa kalipun proving itu dicubakan, tabiat atau
khasiat drug atau ubat itu tidaklah pernah bertukar bahkan membetulkan dan
menyaksikan kebenaran proving yang terdahulu jua
yang menunjukkan bahawa khasiatnya bekerja dengan tetap abadi. |
|
|
|
|
HBI Health & Homoeopathy Centre
|
|
|
|
|
Virtual copyright © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2011 |
|
|
|
|
|
|
|