|
KHAZANAH DR. BURHANUDDIN AL-HELMY |
|
|
|
|
alhelmy |
FALSAFAH POLITIK BANGSA BERPOLITIK UNTUK AGAMA
Pendirian seseorang itu mestilah tegas di atas agamanya kerana peraturan dan syariat adalah tetap dan tidak dapat diubah-ubah. Adalah tidak wajar sama sekali agama itu disesuaikan bagi keperluan zaman dan politik. Pernyataan beliau seterusnya:
“Politik berubah-ubah tetapi agama tetap. Agama tidak boleh disesuaikan dengan politik, tetapi politik itulah yang mesti disesuaikan dengan agama. Agama dengan sendirinya berisi berbagai-bagai ragam politik, tetapi politik bukanlah agama.”
“Maka hendaklah politik-politik kebangsaan yang betul dan tepat untuk membela bangsa dan agama, supaya kita terlepas daripada penderitaan bangsa dan agama, agar dapat dikembalikan kepada kejayaan dan keagungan.”
“....hendaklah lebih dahulu kita jelaskan bahawa kita mesti menolak perkataan bahawa agama tidak boleh berpolitik atau negara tidak boleh dicampuri agama.” [Agama & Politik]
|
|
|
|
|
HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|