HBI

 

 

Khazanah

KHAZANAH DR. BURHANUDDIN AL-HELMY

 

 

 

alhelmy

FALSAFAH POLITIK BANGSA

PILIHANRAYA DAN DEMOKRASI

 

 

Satu pesanan Dr. Burhanuddin yang mungkin tidak kesampaian kepada masyarakat akar umbi sehingga ke hari ini ialah tentang sikap sewaktu pilihanraya dan sesudah pilihanraya. Dalam setiap kali pilihanraya, orang-orang Melayu (dan kaum lain juga) kerapkali tidak dapat mengawal semangat politik dan emosi mereka. Inilah yang diingatkan oleh beliau:

 

“Bercakar dalam masa kempen tidaklah seharusnya diseret-seret sehinggakan menjadi api perselisihan dan menimbulkan suasana tegang meliputi kehidupan rakyat di kampung-kampung. Marilah kita sama-sama belajar berdemokrasi iaitu berpilihanraya kerana hendak mengujudkan kerajaan pilihan rakyat dan kemudian menjalankan kerajaan itu bagi kesejahteraan rakyat tanpa beza-membeza antara puak dengan puak dan antara golongan dengan golongan.”

 

“Bertengkar mengenai politik dalam negara demokrasi bukanlah bermakna berpecah-belah dalam kehidupan bermasyarakat. Inilah yang belum difahami oleh umumnya rakyat dalam negeri kita, inilah tragedi demokrasi kita. Oleh itu saya berseru supaya demokrasi dan pengertiannya yang murni ini dapat benar-benar difahami....” [UMAP]

 

 Top

 

 

 

 

 

HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE