Koleksi Dr.Burhanuddin al-Helmy diabadikan.HBI 

 

 

Khazanah

KHAZANAH ILMU DR. BURHANUDDIN

 

 

 

alhelmy

PENGENALAN KEPADA HOMEOPATI

 

PENYAKIT DADAH

 

Satu pandangan Dr. Burhanuddin yang merupakan cetusan daripada pandangan umum para ahli homeopati tentang ubat-ubat dalam dos yang kasar atau dos alopati diutarakan sebagai:

 

    Ubat-ubat atau drug yang kasar dan mentah bukan sahaja akan menekan sehingga hilang buat sementara waktu semboyan-semboyan yang keluar, tetapi dengan sifat kasarnya tidak akan sesuai dengan sel-sel tubuh yang sangat seni, bahkan akan merosakkan  sel-sel yang masih sihat dan penyakit yang pada mulanya adalah ringan sahaja akan menjadi atau mengalami ‘sakit ubat’ atau drug disease yang berat sehingga kadang-kadang menyebabkan perubahan organik yang tidak dapat diubati lagi yang menyebabkan kemusnahan tisu dan seluruh organ. Dalam keadaan yang demikian jawapan yang terakhir ialah organ yang berkenaan terpaksa dibuang atau dipo­tong.

 

    Bagaimanapun, sejak perkara seumpama itu disebut oleh Samuel Hahnemann kira-kira 200 tahun yang lalu, pandangan alopati tetap tidak berubah. Demikian juga walaupun ianya pernah disebutkan oleh Dr. Burhanuddin. Kerana itu, menurut beliau:

 

    Amatlah malang sekali kebanyakan para doktor tidak mempelajari physiological chemistry untuk membolehkan mereka mengenal adanya apa yang dikatakan ‘penyakit drug’ dan tidaklah mereka berkata kepada pesakit bahawa ubat crude yang mereka berikan itu ‘tidak merbahaya’ sama sekali. Jika keadaan pesakit menjadi buruk yang jahil akan memberi alasan bahawa penyakitnya telah tidak dapat dikawal kerana beberapa sebab perubatan yang sukar difahami, padahal dirinya yang mentah itu(lah) menjadi puncanya.

 

     Walau bagaimana benar sekalipun kenyataan Dr. Burhanuddin itu, namun keadaan ini berterusan. Hal ini terus berlaku walaupun ramai para doktor telah mempelajari physiological chemistry dan mereka tahu kesan buruk dadah.

 

 TOP

 

 

 

 

HBI Health & Homoeopathy Centre

 

 

 

 

   Virtual copyright © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2011