|
KHAZANAH DR. BURHANUDDIN AL-HELMY |
|
|
|
|
alhelmy |
FALSAFAH POLITIK BANGSA PEMBANGUNAN ROHANI DAN JASMANI
“Kita di tanah jajahan ini ada yang terpengaruh terikut-ikut, terharu, terkeliru, ada yang mengikut bulat-bulat akan aliran tamadun dan faham-faham barat itu. Bukanlah mudah hendak ditolak dan ditentang begitu sahaja kerana banyak juga manfaat dan kemudahannya yang diterima daripada kemajuan dan tamadun barat itu pada perkara yang nyata dan zahir. Tetapi manakala ditinjau kepada kebatinan dan isi tamadun itu, ....bahawa kemajuan dan tamadun mereka ialah di lapangan kebendaan sahaja, mempunyai darjah yang tinggi, tetapi jatuh dan rendah mutunya di lapangan budi dan akhlak.” [Agama dan Politik: 174]
Perkara yang disebutkan itu berlanjutan kerana selama ini kita telah lama terjajah. Ianya tentu memberi kesan terhadap dasar pembangunan sesebuah kerajaan sekiranya perhatian yang wajar tidak diberikan dalam penekanan terhadap aspek rohaniah dan jasmaniah.
Maka dalam isu pembangunan dan pembinaan tamadun, kedua-dua aspek harus dititikberatkan dan dibangunkan dengan seimbang. Tegasnya:
“Pembangunan kebendaan dengan tidak disertai pembangunan jiwa dan roh samalah seperti membuat lembaga manusia yang tidak bernyawa dan membangunkan roh saja samalah seperti roh yang tidak berjasad.”
|
|
|
|
|
HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|