HBI

 

 

Khazanah

KHAZANAH DR. BURHANUDDIN AL-HELMY

 

 

 

alhelmy

FALSAFAH POLITIK BANGSA

KEWAJIPAN UMMAT DARIPADA PENJAJAHAN SEHINGGA TERTEGAKNYA UNDANG-UNDANG ISLAM

 

 

Antara kewajipan-kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam ialah:

 

“Kita wajib menjalankan hudud-hudud (undang-undang Islam) dan hukum-hukum Islam! Kita wajib melepaskan diri kita dan bangsa kita daripada teraniaya dan terjejas! Kita wajib melepaskan diri kita daripada tertipu dan diperbodoh-bodohkan. Kita wajib mem­berikan pelajaran yang melepaskan kita dari belenggu pelajaran penjajahan kepada anak-anak kita. Kita wajib membersihkan pendidikan-pendidikan yang boleh menjadikan anak-anak kita sesat, keliru, murtad dan musyrik. Tidakkah kita berdosa dengan tidak menjalankan kewajipan kita? .... Tidakkah kita wajib bernegara yang berdaulat...”

 

Untuk mempastikan berhasilnya apa yang disebutkan, perlulah setiap orang muslim itu bergerak di atas landasan kaedah fekah “sesuatu itu menjadi wajib jika ia diperlukan untuk menunaikan perkara yang wajib.” Kerana itu beliau meneruskan:

 

“Kita wajib bernegara yang berdaulat kerana menegakkan dan men­guatkan agama maka kita tidak akan dapat negara yang berdaulat jika tidak dengan gerakan kebangsaan yang tulin. Kita tidak dapat bergerak jika tidak ada pertubuhan dan perpaduan bangsa. Kita tidak dapat berpolitik jika tidak ada pertubuhan dan pergerakan yang mengerjakan dan memperjuangkan cita-cita politik.”

 

“Yang demikian semuanya wajib. Kita wajib berpolitik, wajib bersatu, wajib berpertubuhan dan bergerakan dalam lapangan ke­bangsaan, wajib bernegara dan beragama yang kuat dan mulia.”

 

Di samping itu, beliau mengingatkan: “Sebagaimana kita wajib membina cita-cita politik itu, demikian pulalah kita wajib menolak bencana-bencana yang merosakkan binaan, cita-cita politik suci kita - inilah yang lebih utama. Mengikut kaedah fikh, `membuang yang merosakkan itu, lebih utama daripada mengadakan perbaikan.”

[Agama dan Politik: 173]

 

 

 Top

 

 

 

 

 

HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE