|
KHAZANAH DR. BURHANUDDIN AL-HELMY |
|
|
|
|
alhelmy |
FALSAFAH POLITIK BANGSA KEMERDEKAAN DAN REFORMASI HUKUM
Dr. Burhanuddin mempunyai persepsi bahawa bangsa Melayu boleh maju sekiranya mereka mempunyai penerimaan dan pemahaman Islam yang betul. Di sinilah perlunya reformasi ke arah menghayati tuntutan al-Qur'an dan as-Sunnah dalam mengisi kemerdekaan. Di dalam ucapan beliau sewaktu dilantik sebagai Yang Dipertua PAS pada 24 Ogos 1957, beliau menyatakan:
“... cintakan cita-cita Islam berdiri di atas bumi pusaka kita ini dengan rupa bangsa dan kebangsaan Melayunya. Maka atas hasrat iman, cita-cita Islam dan kebangsaan Melayu itulah dasar suci perjuangan kita .... PAS berjuang kerana kebebasan dan kemerdekaan dengan dasar demokrasi .... kemerdekaan bagi PAS adalah kemerdekaan bangsa dan negara dan setelah berjalan hukum-hukum Islam pada orang perseorangan, masyarakat dan negara.”
|
|
|
|
|
HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|