|
KHAZANAH DR. BURHANUDDIN AL-HELMY |
|
|
|
|
alhelmy |
FALSAFAH POLITIK BANGSA KEBANGSAAN MELAYU GLOBAL
Terdapat perbezaan di antara konsep perkauman kebangsaan yang sempit dengan apa yang di terima oleh Islam. Beliau memberi kefahaman bahawa tiada asabiyah dalam Islam. Unsur global ini terpancar dari: “....prinsip atau anggaran dasar seruan Rasul Muhammad s.a.w. itu ialah daripada satu bangsa kepada semua bangsa atau dari satu nation kepada semua nation dan akhirnya ke international.” Malah beliau menanggapi kebangsaan Melayu sebagai: “Kita hendak mendirikan negara kebangsaan Melayu di atas dasar kebangsaan menurut keadilan dan kemanusiaan yang luas ..., bukan sekali-kali kebangsaan yang sempit, jauh sejauh-jauhnya dari berbau perkauman.... Kebangsaan Melayu bukan dibina kerana semata-mata seorang itu bangsa Melayu atau bapanya Melayu, datuknya Melayu, neneknya Melayu, keturunannya Melayu, bakanya Melayu jika ia belum mengisi erti dan tujuan kebangsaan Melayu ....” [FKM]
|
|
|
|
|
HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|