|
KHAZANAH DR. BURHANUDDIN AL-HELMY |
|
|
|
|
alhelmy |
FALSAFAH POLITIK BANGSA KEBANGSAAN YANG TIDAK DIHANYUTKAN OLEH GLOBALISASI
Bolehlah dikatakan bahawa Dr. Burhanuddin merupakan orang yang peka dengan ciri-ciri dan hak-hak kebangsaan Melayu sejati. Bagaimanakah rupa kebangsaan Melayu sejati itu? Tulisannya mengingatkan:
“Kebangsaan Melayu itu bersendikan dasar jiwa yang luas, bukan sekali-kali kebangsaan yang sempit dan degil, dan tidak sekali- kali bersifat chauvinism dan isolation. Kebangsaan yang luas kita katakan itu tidak pula luas untuk bercampur-aduk seperti belut dengan ular, dan bukan pula luas untuk caca merba, luas beramai-ramai (cosmopolitan) yang akan memberi kesempatan kepada anasir-anasir imperialis dan kapitalis. Tetapi luas dalam peri kemanusiaan.”
“Kebangsaan kita ialah kebangsaan yang memelihara dan menghidupkan hak kebangsaan Melayu bertaraf duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa atau kebangsaan yang lain di dunia ini. Urat akar kebangsaannya ialah kemanusiaan...” [FKM]
|
|
|
|
|
HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|