Koleksi Dr.Burhanuddin al-Helmy diabadikan.HBI 

 

 

Khazanah

KHAZANAH ILMU DR. BURHANUDDIN

 

 

 

alhelmy

PENGENALAN KEPADA HOMEOPATI

 

KAEDAH MERAWAT PESAKIT

 

Seorang ahli homeopati mempunyai kaedahnya sendiri dalam membuat rawatan berasaskan undang-undang seraksi, iaitu undang-undang yang tetap tidak menyimpang daripada undang-undang tabii sebagai suatu kebenaran dan kenyataan untuk selama-lamanya. Satu-satunya kaedah yang mesti dalam sesi rawatan homeopati ialah:

 

    “Bagi mengubat penyakit-penyakit ini hendaklah lebih dahulu (pengamal itu) mengetahui dan mengambil semboyan-semboyan dan tanda-tanda penyakit dengan cermatnya daripada orang-orang yang sakit yang hendak diubat itu. Setelah terang semboyan-semboyannya didapati, dicarikanlah pula ubat-ubat yang ada mengeluarkan semboyan-semboyan dan tanda-tanda penyakit yang serupa atau seakan-akan semboyan si sakit yang dirawat dengan semboyan sedia­kala yang ada pada tabiat dan khasiat  ubat itu; kemudian (jika) didapati (seraksi dengan) pesakit, (dia) itu pun pulih dan sihat kembali.”

 

    Penjelasan ringkas di atas merupakan contoh dalam pengambilan kes homeopati yang merawat tidak bergantung semata-mata kepada diagnostik fizikal dan peralatan canggih. Kerana, seperti kata Dr. Burhanuddin:

 

    “Kejayaan dalam mengamalkan homeopati ini bergantung kepada memilih ubatnya yang seraksi dengan ‘undang-undang seraksi’nya dan bergantung kepada ubat homeopati yang betul-betul baik, diperbuat mengikut undang-undang dan peraturan perubatan homeopati jua, tidak ubat-ubat yang ditiru dan palsu.”  [SLPIP]

 

 TOP

 

 

 

 

HBI Health & Homoeopathy Centre