|
KHAZANAH DR. BURHANUDDIN AL-HELMY |
|
|
|
|
alhelmy |
FALSAFAH POLITIK BANGSA IDEOLOGI POLITIK ISLAM DAN DEMOKRASI
Islam merupakan agama fitrah. Kecenderungan fitrah itu ialah Islam. Bentuk cita-cita politik individu muslim mestilah berasaskan tabi'at semula jadi manusia yang asasnya ialah Islam. Sedangkan bentuk ideologi politik yang lain timbul daripada idea atau fikiran. Lantas, penghormatan, keyakinan dan perjuangan pengikut politiknya tertumpu kepada idea yang merupakan isme ciptaan manusia. Seterusnya Dr. Burhanuddin menyimpulkan:
“... kita memakai ideologi tidak seperti pemakaian ideologi pada cita-cita atau isme-isme politik barat .... idea dan politik mesti berpandu dan bersesuaian dengan Qur'an dan Sunnah, tidak boleh sebaliknya iaitu berpandukan kepada idea kerana Qur'an itulah panduan yang tegas.... Idea dengan akal tidak boleh berlawanan dengan Qur'an. Qur'an dan Sunnah yang memandukan idea dan akal ke jalan yang sejahtera itu. Ideologi politik Islam ialah cita-cita politik Islam yang berpandukan tepat dan terus kepada Qur'an dan Sunnah dan tidak berlawanan bertentangan dengan ajaran kedua-duanya bahkan mendaulatkan kedua-duanya.”
Justeru, keputusan majoriti tidak boleh menjamin kebenaran. Ada keputusannya tepat dan terpakai tetapi ada yang tidak selari dan harus ditolak. Katanya:
“Ideologi politik yang diasaskan dari idea telah menjadikan hukum bahawa majoriti dalam demokrasi mesti dipatuhi. Adalah arahan Qur'an itu juga bahawa jika tidak bertentangan dengan Qur'an maka majoriti adalah terpakai dalam Islam. `Dan perkataan (hukum) Tuhan itu telah tamat sempurna kebenaran dan keadilan, tidak ada yang dapat meroboh perkataan (hukum-hukum ketetapan) Tuhan. Dia maha mendengar dan maha mengetahui.' .... `Dan jika engkau turutkan kebanyakan manusia di bumi ini tentulah mereka menyesatkan engkau dari jalan Tuhan. Mereka hanya menurutkan dzan (persangkaan) belaka, dan mereka hanya membuat kebohongan.' (al-An’am: 115-116)”
“Keputusan mesyuarat itu mestilah berpandukan pimpinan al-qur'an: keputusan yang demikianlah yang terpakai, jika berlawanan tak terpakai dan untuk menyesuaikan dengan keadaan dunia adalah terpulang bagaimana baiknya pada masyarakat, keadaan dan masa sesuatu ummat itu.... Demokrasi saja belum boleh menjamin tercapainya cita-cita rakyat dan keamanan sejati.” [Ideologi Politik Islam: 182, 185, 210]
|
|
|
|
|
HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|