Koleksi Dr.Burhanuddin al-Helmy diabadikan.HBI 

 

 

Khazanah

KHAZANAH ILMU DR. BURHANUDDIN

 

 

 

alhelmy

PENGENALAN KEPADA HOMEOPATI

 

HOMEOPATI DAN BIOKIMIA

 

Sebenarnya terdapat sedikit perbezaan di antara homeopati dan biokimia. Perbezaan itu menjadi titik tolak dalam memberi penawar. Oleh kerana perbezaan itu tidak besar, maka kata Dr. Burhanuddin:

 

    Kedua-dua sistem perubatan ini digolongkan di dalam perubatan yang mengikut undang-undang tabii atau “naturopathy” dan mempun­yai titik pertemuan yang ketara seperti pemilihan penawar yang didasarkan kepada semboyan pesakit, bukan pada nama penyakit; dan sama-sama menggunakan penawar yang dipotentise. Hanya yang agak berbeza ialah bahawa di dalam biochemistry sakit adalah disebabkan oleh ‘kekurangan’ salah satu atau beberapa garam hidup dan penyembuhannya adalah dengan ‘mengisi kekurangan’ itu semula, sedangkan di dalam homoeopathy penyakit adalah disebabkan oleh daya hidup yang terganggu dan penyembuhannya adalah berdasarkan kepada boleh disembuhkan oleh penawar yang serupa atau hampir serupa semboyannya dengan penyakit itu.

 

    Bagaimanapun kedua-duanya tidak mempunyai titik percanggahan kerana kedua-duanya (berasaskan) kepada undang-undang tabii. Oleh itu penawar biokimia yang 12 itu telah diterima sebagai penawar homeopati juga kerana dasar ‘kekurangan’ di dalam biokimia itu adalah sebenarnya boleh diterima sebagai undang-undang seraksi jua.(Biochemistry)

 

 TOP

 

 

 

 

HBI Health & Homoeopathy Centre

 

 

 

 

   Virtual copyright © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2011