|
KHAZANAH ILMU DR. BURHANUDDIN
|
|
|
|
|
|
PENGENALAN
KEPADA HOMEOPATI PERBEZAAN DI ANTARA HOMEOPATI DAN ALOPATI
Di dalam artikelnya Sepintas lalu
perkembangan ilmu perubatan, berasaskan ceramah di waktu mesyuarat agung pertama
PPHM, beliau memberi latar belakang sejarah ilmu perubatan sejak dari awal sehingga
mutakhir dengan inti yang padat. Di sini, dua sistem perubatan yang merawat berasaskan
prinsip yang berlainan dijelaskan sebagaimana semangat yang terdapat pada Dr. Hahnemann.
Sistem ini bertentangan dengan cara perubatan yang berkembang dari arah yang
kedua di mana sebab-sebab penyakit itu daripada hama-hama dan serum, seolah-olahnya
lembaga tubuh badan manusia itu seperti jentera sahaja. Membela dan merawat orang sakit
itu seperti cara membela jentera yang rosak. Manakala cara perubatan homeopati ini ialah
kembali ke arah yang pertama iaitu dasar nyawa dalam hidup manusia, kuasa akal dan roh (mind)
adalah punca di dalam yang menjadi sebab-sebab penyakit yang menjadi idapan dan
penderitaan penyakit manusia.
...Perbezaan-perbezaan kaedah di antara Contraria
dengan Similia semakin kencang hingga menimbulkan
pergeseran dan pertentangan hingga timbullah takrif perbezaan sekolah perubatan baharu homeopati dan sekolah
perubatan lama alopati. Homeopati menumpukan falsafahnya dan usahanya kepada penyembuhan
diri orang yang sakit itu dan persekolahan alopati pula menumpukan usahanya kepada
menyembuhkan penyakit, hingga timbul kata tiada penyakit hanya (ada hanya) orang (yang)
sakit. [SLPIP]
|
|
|
|
|
HBI Health & Homoeopathy Centre
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|