HBI

 

 

Khazanah

KHAZANAH DR. BURHANUDDIN AL-HELMY

 

 

 

alhelmy

FALSAFAH POLITIK BANGSA

FAHAM ISLAM, BANGSA MELAYU DAN BANGSA LAIN

 

 

Ramai orang, khususnya bukan Islam, yang selalunya merasa curiga dengan parti yang membawa kefahaman Islam. Beliau menyedari hal ini dan menganjurkan supaya mereka yang terlibat mengambil kewaj­ipan memberi kefahaman. Perlu dijelaskan bahawa:

 

“Faham Islam ialah faham peri kemanusiaan yang maha adil dan beradab, faham yang mengajak seluruh insan supaya hidup aman damai, dengan menghormati hak masing-masing.”

Penerangan tersebut harus dilakukan dengan bijaksana dan kadang- kadang perlu dikaitkan dengan semangat bangsa:

 

“Hanya nafsu kezaliman sahajalah yang suka menceburkan atau menganjurkan seseorang atau sesuatu golongan atau sesuatu bangsa supaya merebut hak orang lain atau hak golongan lain atau hak bangsa lain.”

 

“Kalau Tanah Melayu ini, misalnya, mengikut hak asasi dan hak asalnya dipunyai oleh bangsa Melayu, maka janganlah hendaknya ada bangsa lain bernafsu jahat untuk merebut dan menjadikan negeri ini hak bangsanya pula. Tiap-tiap bangsa di dunia ini berhak mempertahankan hak kebangsaannya sendiri. Soal mempertahankan hak sesuatu bangsa itu bukanlah soal perkauman, itu adalah soal bangsa.”

 

 Top

 

 

 

 

 

HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE