|
KHAZANAH ILMU DR. BURHANUDDIN
|
|
|
|
|
|
PENGENALAN KEPADA
HOMEOPATI ARAH KESEMBUHAN
Di dalam perubatan homeopati,
kesembuhan mengikut tabii merujuk kepada arah kesembuhan Dr. Hering. Inilah
juga yang diajar oleh Dr. Burhanuddin kepada anak muridnya
“Arah kesembuhan itu ada tiga: (i) Dari dalam
ke luar, (ii) Dari atas ke bawah, dan
(iii) Dari hadapan ke belakang, atau
semboyan-semboyan yang tak nampak dalam cara berputar-balik datangnya.”
“Penyakit idapan maranya dari sebelah luar ke sebelah dalam, dari
urat saraf (tissue) yang di luar ke arah
anggota-anggota hidup (vital organ) yang
sampai kepada diri batin sebelah dalam diri seseorang itu, kesembuhan
mengambil jalan yang bertentangan dan mara dari sebelah dalam ke sebelah
luar dan dari atas ke bawah. Jika sesuatu penyakit yang baharu sekali datang
dan (maka) penyakit itu hendaklah dihilangkan dahulu dan penyakit-penyakit
yang kemudian akan dihilangkan berikutan kemudian.”
Dalam pemberian penawar homeopati, penawar yang bertepatan akan
memandu penyakit keluar mengikut arah kesembuhan Hering. Tetapi sekiranya
penawar itu tidak seraksi atau salah pilih, ia boleh mengusutkan masalah
pesakit dan kesembuhan mengikut arah yang diperkatakan tidak akan berlaku.
Dinyatakan lagi oleh Dr. Burhanuddin:
“Kita memperkatakan kesembuhan yang sebaik-baiknya, tetapi hendaklah
diingat pula kerana pada zaman ini kesembuhan yang sebaik-baiknya jarang
sekali di jumpa. Di sini bukanlah salah undang-undang homeopathy
kerana ahli perubatan homeopathy itu seperti manusia biasa, dia boleh
jadi salah memilihkan penawarnya yang betul dan seraksi itu….” [FPH]
|
|
|
|
|
HBI Health & Homoeopathy Centre
|
|
|
|
|
Virtual copyright © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2011 |
|
|
|
|
|
|
|