MALAYSIA HOMOEOPATHY CYBER LIBRARY

Military Time
12 Hour Time   HOME

Koleksi Sajak Puisi Terendak

© HBI Health & Homoeopathy Centre, 2006.

SEORANG IBU, SEORANG GURU

 

 Petikan dari Deklamasi Puisi

sempena HARI GURU 2004

Kau
seorang ibu, seorang guru
hadirmu dinanti
pergimu dipamit salam, dirindui
justeru hadirmu
merubah budi.

Bagai awan berpusu
bergerak memimpin hujan
bukan sekadar lilin membakar diri
diingati dalam arkib sanubari.

Kau
seorang guru, seorang ibu
dengan sebilah visi
menguak cabaran ke pinggir
membuka jalan generasi
terbilang.

Pergimu ditangisi
dengan kelopak harapan menggunung
membina titian di belakang
terungkap dalam memori.

Di sebalik wajah selamba
rupanya terpahat mimpi
baru kini kami sedari.

   -  MD HATTA AB K T
- Petikan dari Berita Harian 25/5/05

 ~ ~ ~ ~

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2006

  Saranan dan komentar dialu-alukan: Dr HBI