PEMANTAUAN KLINIKAL
RUMUSAN
Kesimpulannya, pemantauan klinikal adalah suatu kaedah bagi membantu
guru dalam meningkatkan kualiti dan prestasi pengajaran mereka.
Sebagaimana yang dinyatakan tadi aktiviti pemantauan perlu
dilaksanakan secara berterusan sepanjang masa oleh pengetua dan guru
besar. Pemantauan juga boleh digalakkan kepada sesama guru bagi
mendapatkan penanda arasan pengajaran yang baik yang boleh dicontohi
di samping meningkatkan lagi tahap profesionalisme guru, khususnya
kepada guru-guru baru. Bagi guru-guru yang didapati mempunyai
pengetahuan mendalam mengenai kandungan pengajaran, serta kelebihan
dalam cara penyampaian dan pengajaran, mereka wajar diber pujian dan
dijadikan teladan kepada guru-guru yang lain.
Suatu waktu dahulu, bagi sebilangan sekolah-sekolah yang pernah
dilawati oleh jemaah nazir, mereka menjadikan aspek pemantauan ini
sebagai suatu budaya atau kebiasaan di kalangan tenaga pengajar di
sekolah-sekolah berkenaan. Pengetua atau guru besar dan guru-guru
kanan akan membuat pemantuan pada bila-bila masa sementara guru-guru
pula terpaksa bersedia untuk dipantau tanpa dimaklumkan terlebih
dahulu atau tanpa perbincangan pra-pemantauan. Ini tidak termasuk
dalam kaedah pemantauan klinikal yang dibicarakan dalam tugasan ini.
Kaedah pemantauan klinikal yang dibincangkan dalam lima kerangka
langkah-langkah berpandukan soalan PTK DG48 ini hampir menepati dengan
semangat dan saranan tokoh-tokoh pendidikan Barat dan terkini. Umumnya,
langkah-langkah pemantauan klinikal adalah seperti rajah di bawah:

Sesuai dengan penerapannya dalam amalan pemantauan di sekolah-sekolah,
MRSM-MRSM dan Kolej-kolej MARA, sudah sampai masanya kita membuat
kajian menyeluruh berkaitan proses pelaksanaannya supaya apa yang
sebenarnya berlaku dalam bilik kelas adalah seperti yang dikehendaki.
Pelajar-pelajarlah yang seharusnya mendapat manfaat paling banyak
daripada sebarang penambahbaikan dalam amalan pemantauan klinikal ini.
--- o ---
|