
Laman Utama
|
PEMANTAUAN KLINIKAL
PENDAHULUAN
Budaya dan amalan
pendidikan atau sekolah yang menitikberatkan aspek kecemerlangan semua
bidang seperti akademik dan kokurikulum, menjadikan proses pemantauan
sebagai suatu perkara penting bagi memastikan kecemerlangan berterusan
atau lebih baik. Pemantauan juga merupakan tanggungjawab pihak
pemimpin pendidikan atau pengawal pusat/pengetua, yang mana sebahagian
tugas utama mereka ialah memastikan pengajaran guru berada dalam
keadaan yang baik dan mempunyai tahap kualiti yang tinggi. Selain
pengetua, ketua-ketua jabatan, guru-guru kanan dan rakan sejawat boleh
memainkan peranan sebagai pemantau.
Salah satu kaedah
pemantauan yang biasa dilakukan oleh para nazir, ketua sektor,
pengetua atau pemimpin pendidikan ialah pemantauan klinikal. Tetapi
sebelum kita memasuki perbincangan mengenai intipati persoalan (langkah-langkah)
pemantauan klinikal, elok kita lihat dahulu maksud sebenar
observation.
|