BORANG PEMANTAUAN
PENGAJARAN
(SARANAN)
Kandungan di dalam
borang ini hanya berupa saranan.Tambahan soalan-soalan terpulang
kepada penyelia. Panduan ini juga boleh digantikan dengan
soalan-soalan lain jika lebih sesuai semasa lawatan pemantauan.
1. Apakah isi
pelajaran tersusun dan dipersembahkan secara jelas? (Matlamat,
objektif, aturan penyampaian maklumat, penggunaan teknologi
pengajaran, dsbnya.)
Adakah guru menyatakan
objektif secara jelas atau merancang pengajarannya?
Adakah pelajar maklum
mengenai objektif pembelajaran yang dirancang untuk mereka?
Adakah objektif itu
tercapai?
Adakah guru
menggunakan masa secara efektif?
Apakah guru mengguna
ABM dengan berkesan?
2. Gambarkan tingkat
minat dan keterlibatan pelajar. (motivasi, bukti pembelajaran, dsb.)
Adakah guru memberi
peluang kepada pelajar untuk bertanya?
Adakah guru
menggalakkan partisipasi semua pelajar?
Apakah bukti bahawa
keperluan dan keupayaan pelajar dilayan?
Adakah guru berjaya
menerangkan konsep-konsep yang sukar dalam cara yang pelbagai?
Apakah bukti bahawa
pelajar dilibatkan dalam perbincangan isi kandungan subjek?
3. Jelaskan kualiti
hubungan interpersonal di antara guru dan pelajar. (mesra, baik,
dsbnya)
Apakah sikap guru
menghormati mereka sebagai pelajar?
Adakah pelajar
menunjukkan rasa hormat terhadap guru?
Adakah pelajar
menunjukkan sikap saling menghormati di antara satu sama lain?
4. Apakah yang paling
berkesan dalam pengajaran guru? Apakah rupa saranan yang ingin
penyelia ajukan untuk menambah-baik pengajaran guru?
Diubahsuai daripada Instructional Observation Forms,
Connecticut University College. |