Tentang Guru dan Hari Guru

 

Laman Utama

 

PEMANTAUAN KLINIKAL

LANGKAH-LANGKAH PEMANTAUAN KLINIKAL

Di antara langkah-langkah penting dalam pemantauan klinikal sebagaimana yang dikehendaki oleh soalan ialah (a) Perbincangan Pra Pemantauan (b) Pemantauan (c) Analisis dan Strategi (d) Refleksi dan (e) Perbincangan Pasca Pemantauan. Di dalam kajian atau tugasan yang saya peroleh ini, saya dapati langkah refleksi seolah-olah bertindih apabila kita membicarakan bahagian Analisis dan Strategi dan Perbincangan Pasca Pemantauan.  Bagaimanapun, atas maksud menjawab soalan tugasan ini, saya tetap menyelitkan “refleksi” antara kedua langkah tersebut.

Penekanan atau keperluan terhadap langkah-langkah ini dinyatakan oleh beberapa pakar dalam pendidikan, seperti:

Mengikut Goldhammer dan Cogan (1969), terdapat lima langkah dalam penyeliaan klinikal (clinical supervision) iaitu perbincangan pra pemantauan, pemantauan, analisis dan strategi, perbincangan penyeliaan, dan analisa pasca pemantauan. (Nancy Foster, “ Revisiting clinical supervision: “Focused observation” of teacher candidates in the practicum setting”. Kertas kerja dibentangkan dalam konferens - Totems and Taboos: Risk and Relevance in Research on Teachers and Teaching, Annual Meeting of the International Study Association for Teachers and Teaching  Brock University, July 5-9, 2007.)

Langkah di atas telah dikembangkan oleh Cogan kepada lapan peringkat pada tahun 1973, tetapi juga telah diringkaskan oleh Acheson & Gall (1987) kepada tiga langkah sahaja, iaitu perancangan perbincangan pemantauan, pemantauan dan perbincangan maklum balas. Untuk lebih jelas, di bawah diperturunkan perbandingan di antara ketiga-tiga langkah di atas.

 

Cogan (1973)

Goldhammer (1969)

Acheson & Gall (1987)

1. Establishing the Teacher-

Supervision Relationship

 

 

2. Planning with the Teacher

1. Pre-Observation Conference

1. Planning Conference

Observation

 

3. Planning the Strategy of

 

 

4. Observing Instruction

2. Observation

2. Observation

 

5. Analyzing the Teaching-

Learning Process

3. Analysis and Strategy

 

6. Planning the Strategy of the

Conference

 

 

7. The Conference

4. Supervision Conference

3. Feedback Conference

 

8. Renewed Planning

5. Post-Observation

Conference Analysis

 

Daripada dapatan di atas, saya dapati tiada langkah spesifik berkaitan refleksi. Tetapi, ini tidak bermakna refleksi tidak penting. Bahkan ianya amat penting (sebagaimana yang akan kita lihat nanti), cuma ia dibicarakan secara intrinsik di dalam langkah-langkah selepas pemantauan di dalam senarai langkah-langkah di atas.

Malahan untuk menunjukkan pentingnya, John Dewey  (New York: Macmillan, 1938) telahpun menegaskan bahawa refleksi (reflection) merupakan aspek penting dalam pembelajaran daripada pengalaman. Di dalam bukunya, Experience and Education, beliau menulis bahawa pemikiran reflektif (reflective thinking) menyebabkan pendidik atau guru bertindak “secara sengaja dan bertanggungjawab” berbanding secara “membuta tuli dan spontan”. (Petikan Deway dalam Reflection: What is reflection?, viewed on 7 December 2010, <http://webserver3.ascd.org/ossd/reflection.html> )

Kenyataan Dewey ditegaskan oleh Garmeston bahawa “Refleksi, dan bukan semata-mata pengalaman sahaja, yang menjadi guru kita”. (Garmeston, 2001). Ini bermaknanya, proses refleksi memainkan peranan penting, tetapi secara khusus paling bermakna kepada guru itu sendiri, yakni penting dalam memberi peluang kepada pemahaman profesional dan penilaian kendiri. (Online Professional Development from Johns Hopkins University & Morgan State University. viewed on 10 December 2010, <http://www.sitesupport.org/module1/teacherreflection.htm>)

Untuk tujuan tulisan ini, langkah-langkah seperti yang dinyatakan di dalam soalan dihurai mengikut turutan berikut:

1

Perbincangan Pra Pemantauan

2

Pemantauan

3

Analisis dan Strategi

4

Refleksi

5

Perbincangan pasca pemantauan

 

 
 

© 2011 Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.