Tentang GURU & Hari GURU

 

Tentang Guru & Hari Guru

Sajak sempena Hari Guru

 

 

SEORANG IBU, SEORANG GURU

Kau
seorang ibu, seorang guru
hadirmu dinanti
pergimu dipamit salam, dirindui
justeru hadirmu
merubah budi.

Bagai awan berpusu
bergerak memimpin hujan
bukan sekadar lilin membakar diri
diingati dalam arkib sanubari.

Kau
seorang guru, seorang ibu
dengan sebilah visi
menguak cabaran ke pinggir
membuka jalan generasi
terbilang.

Pergimu ditangisi
dengan kelopak harapan menggunung
membina titian di belakang
terungkap dalam memori.

Di sebalik wajah selamba
rupanya terpahat mimpi
baru kini kami sedari.

MD HATTA AB
K T
 

- Petikan dari Berita Harian 25/5/05