|
Tentang
GURU &
Hari GURU

Tentang Guru & Hari Guru
|
HARI GURU
Setiap 16 Mei tiap-tiap tahun kita menyambut
Hari Guru.
Guru sering diibaratkan lilin yang membakar diri untuk
menerangi orang lain.
Perumpamaan itu mengingatkan kita tentang pengorbanan guru
dalam melaksanakan agenda membentuk insan bergelar “pelajar” agar
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual.
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada
haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang
Persekutuan Tanah Melayu
(Federal Legislative Council)
telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa
Pelajaran
(Report of the Education Committee)
sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak
Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
|
|
|