|

SINOPSIS FALSAFAH
PERUBATAN HOMEOPATI DR. BURHANUDDIN
*** Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Kuliah 8
Menerangkan makna Materia Medica
sebagai benda-benda ubat yang mempunyai khasiat-khasiat tertentu.
Materia medika homeopati berbeza daripada materia medika perubatan
lain kerana ubat-ubat atau penawar homeopati dihasilkan daripada
ujibukti (proving) yang dijalankan ke atas orang yang sihat
sahaja, bukan yang diuji ke atas manusia sakit atau haiwan. Justeru
semua simptom yang dicatat merangkumi segenap aspek yang bukan saja
termasuk tubuh jasmani tetapi juga melibatkan otak, budi dan jiwa
insan.
Penawar-penawar homeopati yang
digunakan itu juga berbeza kerana ia sudah dicairkan dan
dipertingkatkan potensi menggunakan proses potentisation.
Walaupun telah melalui proses potentisastion, namun
khasiat-khasiatnya tetap kekal, malah hanya dapat diterima dan dirasa
oleh penerima rasa dan kuasa hayat yang seraksi dengannya. Dalam
proses situ pula, ada penawar yang dipertingkatkan potensi mengikut
kaedah perpuluhan (decimal) dan ada yang dilipatkan tenaganya
menurut kaedah peratus (centicimal). Ubat-ubat yang dipotentais
itu diberikan pula dalam sukatan yang sedikit kepada pesakit menurut
sukatan yang sesuai dan seraksi mengikut undang-undang seraksi atau
similimum.
 |