-

Kembali ke Tingkap Indeks

SINOPSIS FALSAFAH PERUBATAN HOMEOPATI DR. BURHANUDDIN

  *** Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Kuliah 7

  Dalam menjelaskan konsep orang sakit, beliau sekali lagi menegas-kan bahawa sebarang perubahan yang berlaku terhadap diri jasmani seseorang itu tidak akan memberi kesan kepada diri batinnya selagi kuasa hayatnya kuat dan dapat mempertahankan dirinya. Sebalik- nya, jika perubahan tidak baik berlaku di dalam diri dan ke atas kuasa hayatnya, maka perubahan itu akan melarat dan berkembang hingga ke bahagian tubuh lain seperti otak dan tubuh jasmaninya.

  Di samping mengutarakan hadis Rasulullah s.a.w. berkaitan dengan penyebaran wabak taun dan penyakit berjangkit, beliau mengatakan dalam keadaan epidemik sekalipun, bila hawar mengamuk tidak semua orang terkena jangkitan walaupun semua orang terdedah. Ini adalah bukti nyata yang semua sakit demam bergantung kepada kekuatan diri batin itu mempertahankan serangan-serangan dari luar, ataupun bergantung kepada sama ada daya penerima rasa (susceptible) seseorang itu dapat menolak atau menerima bahaya yang menyerangnya.

  Justeru kaedah rawatan yang betul ialah merawat diri orang sakit dengan cara memberi penawar yang seraksi dengan diri batinnya. Merawat diri jasmaninya semata-mata atau bahagian yang sakit sahaja (seperti dalam alopati) tidak akan menyembuhkan akar pokok atau puncanya, biarpun yang merawatnya seorang specialist.  Malahan dalam banyak kes pesakit, sekalipun dia berkunjung ke beberapa specialist, mereka tidak dapat mengesahkan penyakitnya walaupun pesakit itu mengadu kesakitan. Ini menyebabkan pesakit terabai tak dapat dirawat. Sedangkan ramai pesakit sebegini berjaya dirawat oleh doktor homeopati. Kalaulah bila penyakit berada di organ tubuh atau urat saraf baru hendak dikatakan penyakit dan dirawat, perubatan moden bukan saja materialistik malahan jauh ketinggalan.

  Atas prinsip membuang penyakit jasmani (materialistik) inilah banyak surgeri berlaku bagi tujuan memotong dan membuang penyakit, sedangkan penyakit yang sebenar itu tidak juga sembuh. Idapan dan penyakit terus melarat, meskipun beberapa kali pembedahan dan amputasi telah dilakukan, kerana puncanya tidak pernah diatasi.

  Oleh kerana konsep orang sakit dalam homeopati adalah jelas, mereka dapat memberikan penawar yang seraksi bagi mempastikan pesakit mendapat rawatan sepatutnya serta membetulkan punca atau sumber yang menyebabkan sakitnya melarat.

 
 

 

Kandungan: Sinopsis Kuliah Homeopati Allahyarham Dr. Burhanuddin al-Helmy.

<Sumbangan konsultan HBI>

Untuk dapatkan Kuliah Dr. Burhanuddin al-Helmy sepenuhnya, sila pesan buku ini daripada HBI Health & Homoeopathy Centre, cetakan 2011.

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre @ drhatta 2011.

 

<BGSOUND src="Alleycats_-_Seribu_Bintang.mp3">