-

Kembali ke Tingkap Indeks

SINOPSIS FALSAFAH PERUBATAN HOMEOPATI DR. BURHANUDDIN

  *** Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Kuliah 6

  Di sini sekali lagi Dr. Burhanuddin cuba membuat pembahagian berasaskan prinsip trimutri. Tetapi beliau memperkenalkan kuliahnya dengan menyatakan bahawa tubuh manusia itu tersusun daripada  dua, iaitu: tubuh kasar atau jisim dan tubuh halus atau roh. Kuasa hayat yang dimaksudkan ialah aliran atau pancaindera diri batin yang berpusat dari nyawa atau roh, yang mengarahkan atau memerintahkan kuasanya kepada lapisan akal dan bahagian rasa sedar. Dengan perintah itu timbullah rasa dan alamat-alamat pada pancaindera yang disebutkan semboyan-semboyan (simptom-simptom) itu. Tegas beliau, semboyan-semboyan itu adalah suara daripada batin diri.

  Gangguan dari luar boleh sampai ke dalam. Jika kuasa hayat seseorang itu lemah, luka dan serangan entiti asing mudah memberi kesan dan menjadi penyakit atau meninggalkan akibat yang buruk. Tetapi seorang yang kuat kuasa hayatnya, tubuhnya sihat sempurna sehingga sebarang kecederaan, serangan kuman atau virus dapat dilawan dan dikalahkan.

  Oleh kerana kemelaratan sesuatu penyakit berpunca daripada lemah dan tidak cergasnya kuasa hayat, maka individu itu harus dibantu. Penawar homeopati yang seraksi dapat membantu supaya kuasa hayat itu bekerja lebih kuat lagi dan seterusnya menyembuhkan penyakit.

 

 
 

 

Kandungan: Sinopsis Kuliah Homeopati Allahyarham Dr. Burhanuddin al-Helmy.

<Sumbangan konsultan HBI>

Untuk dapatkan Kuliah Dr. Burhanuddin al-Helmy sepenuhnya, sila pesan buku ini daripada HBI Health & Homoeopathy Centre, cetakan 2011.

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre @ drhatta 2011.

 

<BGSOUND src="Alleycats_-_Seribu_Bintang.mp3">