|

SINOPSIS FALSAFAH
PERUBATAN HOMEOPATI DR. BURHANUDDIN
*** Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Kuliah 4
Memaparkan sejarah hidup pengasas
homeopati, Dr. Samuel Hahnemann yang mempunyai kelebihan dari segi
kepintaran, bahasa, ilmu dan kesanggupan beliau menghadapi risiko demi
mencari kebenaran terhadap perubatan yang ma’kul. Selepas terserempak
dengan Peruvian bark dan membuat ujian ke atas dirinya, beliau
menemui kaedah seraksi.
Penemuannya diisytiharkan pada
tahun 1796, kemudian mencetak Materia Medica homeopatI
pada tahun 1805, dan akhirnya menerbitkan Organon of Medicine
pada 1810. Di dalamnya terkandung penerangan tentang falsafah, teori
dan amalan praktikal perubatan homeopati. Dr. Burhanuddin menjelaskan
apa yang membezakan homeopati dengan perubatan sebelumnya serta
menjadikannya suatu perubatan yang rasional ialah petikan di dalam
ayat pertama dan kedua Organon Perubatan atau Organon of Medicine
karangan Dr. Hahnemann.
 |