-

Kembali ke Tingkap Indeks

 

SINOPSIS FALSAFAH PERUBATAN HOMEOPATI DR. BURHANUDDIN

  *** Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Kuliah 21

  Pengamal homeopati hendaklah memeriksa dengan cermat akan setiap simptom yang diceritakan oleh pesakit. Semua simptom sama ada umum atau ganjil perlu dicatat dan maklumat simptom perlulah tepat terutama dari segi patologi, diagnosis, prognosis dan pemilihan beratnya. Simptom-simptom itu kemudiannya akan dihubungkan dengan simptom-simptom penawar dalam materia medika.

  Pengamal tidak harus lupa menyiasat sejarah pesakit walaupun idapan itu tidak timbul semasa dia datang untuk mendapatkan rawatan. Selain keterangan daripada pesakit, doktor homeopati itu perlu juga mengamati keadaan orangnya dan memerhatikan dengan teliti akan sifat-sifat pesakit apabila dia melangkah masuk ke bilik pemeriksaan. Tidak ada perkara-perkara dan simptom-simptom yang didapati di bilik pesakit itu yang tidak berharga.

  Pemilihan penawar mestilah berdasarkan keseluruhan simptom-simptom yang diperoleh sama ada objektif atau subjektif. Bagi pesakit yang ada mendapatkan rawatan lain sebelumnya, khususnya rawatan konvensional alopati, simptom-simptom yang telah bercampur dengan simptom-simptom penawar tidak boleh dijadikan pedoman. Mungkin kesan ubat itu perlu dimatikan atau dibiarkan kesannya habis terlebih dahulu.

  Jika selepas diberikan sesuatu penawar, tiba-tiba timbul simptom-simptom baru, bersedialah untuk membongkar akar-umbi idapan dalam diri pesakit itu. Ini mungkin berhubungan dengan miasma yang harus ditangani dengan cermat. Apabila merawat penyakit kronik, perhatian juga harus diutamakan pada masalah kehidupannya, tentang kerjanya, gaya hidupnya, masalah  lazim pada sifat keperempuanan atau kelakiannya, termasuk tentang syahwatnya. Untuk mendapatkan semua maklumat di atas seorang pengamal itu harus menguruskannya secara bijaksana.

 

 
 

 

Kandungan: Sinopsis Kuliah Homeopati Allahyarham Dr. Burhanuddin al-Helmy.

<Sumbangan konsultan HBI>

Untuk dapatkan Kuliah Dr. Burhanuddin al-Helmy sepenuhnya, sila pesan buku ini daripada HBI Health & Homoeopathy Centre, cetakan 2011.

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre @ drhatta 2011.

 

<BGSOUND src="Alleycats_-_Seribu_Bintang.mp3">