-

Kembali ke Tingkap Indeks

 

SINOPSIS FALSAFAH PERUBATAN HOMEOPATI DR. BURHANUDDIN

  *** Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Kuliah 20

  Gonorea ada yang jenis akut dan ada kronik. Gonorea akut lumrahnya pada lelaki dan menyebabkan kemaluan membengkak serta menanah. Bilamana penyakit ini disembuhkan dengan rawatan yang membenamkan idapan itu ke dalam, ia menjadi gonorea kronik. Oleh kerana gonorea ini mudah hilang dengan ubat-ubat yang keras seperti ubat alopati, apabila simptom-simptom itu hilang, para doktor beranggapan serangan gonorea itu telah dihapuskan. Lalu mereka membenarkan pesakitnya berkahwin. Sedangkan mereka tidak  menyedari bahawa penyakit itu menjadi semakin kronik, di mana homeopati menggelarkannya sikosis.

  Homeopati berpendapat selagi miasma sikosis tidak dibuang, ia akan diwariskan kepada anak-anak. Tumbuh-tumbuh kutil (wart) dan kurang darah (anaemia) adalah antara kesan-kesan buruk pembenaman gonorea. Mereka yang mengalami puru, kedal, bibir pucat, telinga jadi tipis membayang dan anggota tubuh semakin susut menunjukkan terdapatnya penjelmaan sikosis kronik. Homeopati boleh merawat kes ini dengan penawar-penawar anti-sikotik termasuk Calcarea carb.

  Jika rawatan tidak sempurna dan lembaga tubuh lemah, simptom-simptom ringan mungkin bertukar menuju ke bahagian anggota yang lebih dalam seperti buah pinggang, paru-paru dan seumpamanya. Kalau sifilis menyerang ke arah tulang, psora menyerang seluruh sistem tubuh, sikosis ini menyerang urat tisu. Peringkat kedua sikosis berlangsung dengan kesan lain di urat-urat jejala (fibrous tissue) seperti bengkak di rahim dan sakit buah pinggang.

 
 

 

Kandungan: Sinopsis Kuliah Homeopati Allahyarham Dr. Burhanuddin al-Helmy.

<Sumbangan konsultan HBI>

Untuk dapatkan Kuliah Dr. Burhanuddin al-Helmy sepenuhnya, sila pesan buku ini daripada HBI Health & Homoeopathy Centre, cetakan 2011.

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre @ drhatta 2011.

 

<BGSOUND src="Alleycats_-_Seribu_Bintang.mp3">