|

SINOPSIS FALSAFAH
PERUBATAN HOMEOPATI DR. BURHANUDDIN
*** Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Kuliah 17
Dalam bahasa Greek, Psora
bermakna “gatak-gatal” (itch), tetapi sakit gatal-gatal itu
sebenarnya bukanlah psora. Bahkan sebenarnya psora
merupakan penyakit kronik yang berpunca dari dalam, lama dan dianggap
primary disorder manusia hingga keadaan sistem tubuh yang di
dalam itu sudah berubah. Idapan psora adalah punca atau dasar bagi
timbulnya segala macam penyakit tubuh, termasuk kehadiran dua lagi
penyakit kronik iaitu sikosis dan sifilis.
Apabila seorang tabib dapat
membuang hama-hama yang menyebabkan gatal-gatal, tidaklah bermakna
penyakit gatal-gatalnya telah hilang. Perubatan moden suka dan gemar
memberi nama penyakit kepada sekumpulan simptom yang dikumpul seperti
gatal-gatal (dengan pelbagai nama seperti psoriasis, ekzema,
erisipelas, dsbnya), epilepsi, gila dan sebagainya. Sebahagiannya
disebabkan bakteria dan alergi. Homeopati menganggap sikap dan
pandangan itu amat dangkal. Dalam homeopati, semua penyakit kulit,
sawan, gila, kencing manis, kanser dan lain-lain penyakit adalah
mempunyai pangkal dan punca, dan puncanya adalah satu dan saling
berkait dalam tubuh manusia itu mengikut peribadi masing-masing.
Dr. Hahnemann telah mengambil masa
selama 12 tahun menyelidik masalah penyakit kronik dan membuat
kesimpulan sehingga terbentuk satu gambaran psora dengan segala
rupa penjelmaannya. Malangnya, penyakit kronik psora dikusutkan lagi
dengan tindakan rawatan oleh doktor-doktor yang bertubi-tubi berusaha
menghapus-kan penyakit-penyakit yang nampak di luar itu dengan
menggunakan kuasa ubat (drug) selama bertahun-tahun. Sedangkan
akibatnya, ia membenamkan penyakit-penyakit itu ke dalam dan menjadi
tebal, kusut serta sulit dikenal hingga sukar sekali untuk dikesan.
Mengikut Hahnemann, penyakit psora
boleh dirawat menggunakan penawar-penawar tertentu menurut
perkembangan penyakit-penyakit itu menggunakan kaedah seraksi, di mana
penyakit-penyakit itu akan sembuh menurut jalan maranya, yakni simptom
yang terkemudian sekali akan hilang dan ini diikuti oleh
simptom-simptom terdahulu (lama). Kebanyakan simptom-simptom lama yang
zahir itu timbul kembali mengikut lapis-lapisnya. Contohnya kalau
seseorang pernah mendapat sakit kudis-kudis yang dihilangkan akibat
dibenam dengan ubat-ubat (drug), maka kudis-kudis itu akan
timbul semula dalam rawatan homeopati.
Lantas, doktor homeopati harus
menyiasat dengan teliti dan buat catatan simptom-simptom lama bagi
setiap kes penyakit kronik psora. Dan adalah satu kebijaksanaan jika
dapat diberi ingatan kepada pesakit-pesakit supaya tidak terperanjat
atau terkejut kiranya simptom lama timbul kembali. Kemudian dipesankan
lagi agar pesakit itu tidak mengambil sebarang drug yang akan
merosakkan kembali tenaga tubuh itu. Sudah cukuplah apa yang kita
saksikan kesan amalan dunia perubatan hari ini yang hanya berusaha
untuk menghilangkan apa yang wujud di luar sahaja (material)
tanpa mempedulikan bahagian rohani.
 |