-

Kembali ke Tingkap Indeks

 

SINOPSIS FALSAFAH PERUBATAN HOMEOPATI DR. BURHANUDDIN

  *** Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Kuliah 16

  Homeopati dan surgeri adalah dua bidang yang berbeza dan saling memerlukan. Homeopati adalah berkaitan dengan cara bagaimana mengguna penawar-penawar dan ubat-ubat yang seraksi sahaja, sedangkan surgeri (surgery) merujuk kepada ilmu, prosedur dan operasi pembedahan (potong-memotong dan belah-membelah). Namun, penyakit lokal atau kecederaan tertentu mempengaruhi tubuh seluruhnya dan menyebabkan penawar homeopati diperlukan.

  Dalam Organon, ayat 186: “Namun dalam kes kecederaan tubuh badan daripada luar, jika ianya sungguh parah, seluruh organisma hidup bersimpati; ia boleh menyebabkan demam, dsbnya. Rawatan bagi penyakit itu diserahkan ke (bahagian) surgeri; tetapi ini hanya betul selagi bahagian yang sakit memerlukan bantuan mekanikal, di mana halangan eksternal kepada kesembuhan (yang dijangka hanya berlaku menerusi agen tenaga hayat) boleh dirawat dengan cara mekanikal, seperti melalui penjajaran semula dislokasi, melalui jarum dan balutan untuk mencantumkan tepian luka, melalui tekanan mekanikal untuk menghentikan pengaliran darah dari arteri yang terbuka, dengan cara menarik keluar benda asing yang telah menusuk ke dalam bahagian tubuh.”

  Surgeri wajar diletakkan ditempat yang betul tanpa terlalu ghairah menggunakannya dalam setiap kes, kerana banyak penyakit yang dijangka berkehendakkan surgeri itu seperti memburuk, bisul, tokak-tokak, barah dan sebagainya, boleh disembuhkan hanya dengan kekuatan penawar homeopati sahaja. Demikian juga dalam sesetengah kes yang diselesaikan oleh alopati dengan cara amputasi sebenarnya boleh disembuhkan dengan cara homeopati.

  Selain itu, dalam catitan nota kaki ayat ke 67 Organon, di mana tiada kesempatan mengguna penawar homeopati atau keadaan terdesak, maka Hahnemann membenarkan kita mengguna ubat-ubat khas (palliative). Tetapi setelah ubat-ubat itu berjalan serta dapat melegakan sakit dan kuasa hayat itu kembali membuat kerjanya, maka wajarlah pula diberikan penawar homeopati yang sesuai. Bagi homeopati, sihat itu ialah apabila seseorang tidak mempunyai apa-apa simptom pada tubuh, akal dan jiwanya, dan penawar homeopati itu digunakan bila terdapat simptom-simptom pada diri seseorang itu. Walau apa sekalipun, homeopati menggalakkan seseorang itu berpantang kerana itu lebih baik daripada berubat.

 
 

 

Kandungan: Sinopsis Kuliah Homeopati Allahyarham Dr. Burhanuddin al-Helmy.

<Sumbangan konsultan HBI>

Untuk dapatkan Kuliah Dr. Burhanuddin al-Helmy sepenuhnya, sila pesan buku ini daripada HBI Health & Homoeopathy Centre, cetakan 2011.

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre @ drhatta 2011.

 

<BGSOUND src="Alleycats_-_Seribu_Bintang.mp3">