-

Kembali ke Tingkap Indeks

 

SINOPSIS FALSAFAH PERUBATAN HOMEOPATI DR. BURHANUDDIN

  *** Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Kuliah 15

  Homeopati tidak mengguna ubat-ubat kasar, morfia dan ramuan-ramuan yang bercampur-aduk khasiatnya. Demikian juga, ubat-ubat sapu tidak digalakkan melainkan yang bersesuaian dengan kaedah undang-undang seraksi. Proses kesembuhan penawar homeopati sebenarnya pantas, tetap dan tidak mungkin menimbulkan bahaya atau reaksi seperti ubat dadah. Malahan, semakin berat dan cemas penyakit seseorang, semakin dia perlu kepada perubatan homeopati.

  Homeopati tidak menghilangkan rupa penyakit seperti mengguna ubat mentah atau ubat sapu untuk kudis, kerana cara itu membenamkan penyakit ke dalam dan menyebabkan timbul penyakit-penyakit lain yang tak diingini. Ia juga tidak menyarankan pesakit mengambil ubat penyegar seperti jamu-jamu dan tonik kerana kesannya bersifat sementara. Semua itu merupakan ciri-ciri ubat patent yang tidak dipakai oleh homeopati.

 
 

 

Kandungan: Sinopsis Kuliah Homeopati Allahyarham Dr. Burhanuddin al-Helmy.

<Sumbangan konsultan HBI>

Untuk dapatkan Kuliah Dr. Burhanuddin al-Helmy sepenuhnya, sila pesan buku ini daripada HBI Health & Homoeopathy Centre, cetakan 2011.

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre @ drhatta 2011.

 

<BGSOUND src="Alleycats_-_Seribu_Bintang.mp3">