-

Kembali ke Tingkap Indeks

SINOPSIS FALSAFAH PERUBATAN HOMEOPATI DR. BURHANUDDIN

  *** Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Kuliah 14

  Terdapat dua klasifikasi penyakit, iaitu penyakit akut dan penyakit kronik. Penyakit akut berlangsung sekejap sahaja tetapi adakalanya mencemaskan. Penyakit kronik pula ialah yang telah berakar umbi dan datang berulang kali. Perubatan homeopati bukan saja berjaya menawan penyakit akut berbanding alopati, bahkan turut berjaya menyembuhkan kes-kes kronik yang mana perubatan alopati hanya sekadar menekan dan membenam kezahirannya.

  Hanya melalui undang-undang seraksi kita dapat membantu menyembuhkan penyakit kronik, dan kerana itu juga homeopati terpaksa berpisah daripada perubatan lain yang menggunakan drug. Dalam homeopati, penyakit kronik berasal daripada tiga miasma, iaitu psora, sycosis dan syphilis. Ada juga penyakit yang bercampur miasmanya. Yang paling sukar disembuhkan ialah penyakit-penyakit kusut (complicated disease) yang memerlukan penyelidikan yang lebih mendalam, serta hanya dapat disembuhkan dengan penawar yang betul seraksi dengan semua simptomnya.

  Homeopati yang mempunyai asas rohani dan material sukar berkembang apabila berada dalam sistem perubatan yang maju  dan moden seperti perubatan alopati yang berdasarkan kebendaan (materialistic) semata-mata. Tetapi justeru sifatnya itulah juga, homeopati pasti mendapat tempat yang utama di sisi manusia.

 
 

 

Kandungan: Sinopsis Kuliah Homeopati Allahyarham Dr. Burhanuddin al-Helmy.

<Sumbangan konsultan HBI>

Untuk dapatkan Kuliah Dr. Burhanuddin al-Helmy sepenuhnya, sila pesan buku ini daripada HBI Health & Homoeopathy Centre, cetakan 2011.

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre @ drhatta 2011.

 

<BGSOUND src="Alleycats_-_Seribu_Bintang.mp3">