-

Kembali ke Tingkap Indeks

SINOPSIS FALSAFAH PERUBATAN HOMEOPATI DR. BURHANUDDIN

  *** Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Kuliah 13

  Kita tidak mengenal nikmat dan nilai sihat melainkan bila kita sakit. Keadaan sakit atau tidak sihat itu menjadi jelas apabila timbul berbagai rasa, kelakuan dan rupa yang berlainan pada diri, serta ada rasa yang tak menyenangkan dan digemari.

  Kita dapat mengenal dan membezakan di antara orang yang sihat dan orang yang tidak sihat bermula dari bahagian luar dirinya hingga kepada bahagian dalam dirinya, yang mana bergantung kepada penerimaan rasa (susceptibility) seseorang itu. Jika seseorang sihat terkena suatu racun (drug) yang kuat, seluruh diri orang itu mungkin dapat merasakan bisa racun itu, tetapi kerana kuat sihatnya, maka kesan bisa-bisa racun itu (yang dirasa oleh penerima rasa) akan hilang beransur-ansur. Akhirnya diri yang kuat itu akan pulih dan sihat seperti sediakala. Tetapi jika orang itu sakit atau tidak sihat di sebelah dalam dirinya, meskipun mendapat sedikit serangan pe-nyakit, sakitnya boleh melarat hingga menyebabkan pesakit berada dalam keadaan bahaya atau menderita idapan yang berpanjangan.

  Kuliah ini berkaitan dengan kerentanan atau susceptibility pesakit dan cuba menjelaskan apa yang diutarakan Dr. Hahnemann di dalam para 36 hingga 44 Organon. Dr. Burhanuddin menjelaskan, (i) Jika orang sakit itu ada penyakit idapan (kronik) yang kencang dan didatangi pula sakit yang keras (acute) maka sakit keras itu tidak dapat menghilangkan sakit idapan itu. ( ~ Ajaran Organon 36-37) (ii) Jika seorang mengidap sakit idapan-idapan yang ringan, apabila datang sakit keras, kita nampak seolah-olah ia membenam penyakit idapan dan tempatnya diganti dengan sakit keras itu. Apabila sakit keras itu hilang, maka kembalilah simptom sakit idapannya itu. ( ~ Ajaran Organon 38-39) (iii) Jika seseorang menanggung rasa macam sakit idapan yang berlainan pada satu masa, maka idapan yang kuat menekan idapan yang lebih lemah dan jika kedua-duanya sama kuat maka akan berselang ganti jua bergilir-gilir. ( ~ Ajaran Organon para 40). 

  Pesanan Dr. Burhanuddin seterusnya ialah, “Ubat-ubat yang keras yang diberikan kepada orang yang mudah menerima rasa atau mudah berkesan (oversensitive), bila ubat-ubat keras itu diulang-ulangkan lagi apa lagi jika ubat itu tidak berbetulan, nescaya ubat itu akan menjadikan suatu bebanan berat bertahun-tahun dan boleh jadi menyebabkan si sakit itu tidak dapat diubati lagi.”

 
 

 

Kandungan: Sinopsis Kuliah Homeopati Allahyarham Dr. Burhanuddin al-Helmy.

<Sumbangan konsultan HBI>

Untuk dapatkan Kuliah Dr. Burhanuddin al-Helmy sepenuhnya, sila pesan buku ini daripada HBI Health & Homoeopathy Centre, cetakan 2011.

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre @ drhatta 2011.

 

<BGSOUND src="Alleycats_-_Seribu_Bintang.mp3">