|

SINOPSIS FALSAFAH
PERUBATAN HOMEOPATI DR. BURHANUDDIN
*** Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Kuliah 12
Dijelaskan bahawa penyakit idapan
bergerak dari luar ke bahagian dalam, atau dari urat saraf (tissue)
yang di sebelah luar ke arah organ-organ penting (vital organ)
serta diri batin individu. Sementara kesembuhan mengambil jalan yang
berlawanan, iaitu dari dalam menghala ke luar, dari atas ke bawah dan
dari hadapan ke belakang, atau simptom-simptom yang datang kemudian
keluar dahulu.
Oleh kerana pada hari ini agak
sukar kita menemui kesembuhan yang sebenar, harus diingat bahawa semua
itu berlaku bukan kerana kesilapan perubatan homeopati tetapi
sebaliknya ialah kerana kesilapan manusia yang tidak dapat memberikan
penawar paling seraksi di samping kekusutan penyakit yang dihidapi.
 |