|

SINOPSIS FALSAFAH
PERUBATAN HOMEOPATI DR. BURHANUDDIN
*** Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Kuliah 11
Di dalam kuliah berikutnya,
diperkatakan tentang apakah yang dapat disembuhkan pada diri orang
sakit dan apakah yang dapat disembuhkan oleh ubat homeopati
itu? Apabila kedua perkara ini dapat
dirungkaikan, dapatlah kita berikan kesembuhan kepada pesakit.
Dr. Burhanuddin memberi penerangan
yang panjang supaya kita tidak terjebak ke dalam golongan yang
menyiasat simptom-simptom umum sahaja ketika memberikan kesembuhan.
Pesakit boleh mengidap penyakit yang sama, seperti penyakit cacar,
dengan mempunyai simptom-simptom penyakit yang zahir dan gejala-gejala
seperti yang tersenarai dalam gejala dan tanda-tanda penyakit
perubatan alopati. Doktor homeopati harus menyelami lebih jauh ke
dalam diri pesakit dengan melihat simptom-simptom yang lebih khusus.
Dengan bantuan pertimbangan akal dan budi kita, kita akan menemui
apakah yang dapat disembuhkan itu? Untuk tujuan itu, hendaklah kita
pelajari simptom-simptom sebagaimana yang diceritakan satu persatu
oleh pesakit. Di situ kita akan menemui perbezaan di antara dua atau
beberapa orang yang sakit yang mengidap penyakit yang sama.
Apabila kita telah mendapati
keseluruhan simptom-simptom pesakit, kita boleh mempelajari dan
memilih ubat-ubat itu menurut kaedah yang serupa. Ini dapat dilakukan
kerana simptom-simptom yang dikumpul semasa proses proving
dahulupun disusun dan diatur sebagaimana yang diceritakan oleh orang
yang sakit apabila menguji khasiat ubat tersebut. Dengan itu
kesembuhan tercapai apabila kita dapat menemukan penawar atau ubat
yang seraksi dengan pesakit dari semua segi simptomnya.
Kerana itu, di dalam perubatan
homeopati para pesakit dibahagikan menurut nama ubat atau penawarnya,
bukan mengikut nama penyakitnya. Demikian juga ubat-ubat itu boleh
dibahagikan menurut jenis-jenis golongan orang yang dapat diberikan
pertolongan oleh ubat kepadanya.
 |