-

Kembali ke Tingkap Indeks

SINOPSIS FALSAFAH PERUBATAN HOMEOPATI DR. BURHANUDDIN

  *** Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Kuliah 10

  Kesembuhan dalam homeopati  tidak sama dengan konsep kesembuhan kebanyakan amalan perubatan yang sekadar bertujuan merubah urat saraf yang zahir semata-mata. Amalan mereka melupakan diri orang yang sakit. Kaedah membuang rupa zahir atau kulit penyakit itu tanpa memberi kesembuhan hingga ke dasarnya menyebabkan ubat itu tidak mempengaruhi kuasa hayat. Justeru ia boleh menimbulkan bahaya atau penyakit baru kepada tubuh (organ) dan otak, lalu menyebabkan penyakit atau sakitnya melarat.

  Doktor-doktor homeopati hendaklah memilih ubat yang tepat dan seraksi supaya ia dapat menyampaikan kuasa-kuasa dan khasiat penawarnya kepada diri batin pesakit. Kesembuhan dan khasiat ubat yang digunakan mengikut kaedah perubatan homeopati berjalan dengan lemah-lembut, beransur-ansur dan tetap, hingga hampir-hampir orang yang sakit itu tidak sedar. Jika tugas ini dapat disempurnakan, terserahlah kepada dirinya dengan pertolongan penawar yang seraksi serta kehendak diri pesakit itu bagi mengembalikan kesihatannya dengan sendiri. Dengan kerja diri batin itu sendiri membongkarkan penyakit itu, barulah penyakit itu hilang dari urat akarnya atau dasarnya.

 
 

 

Kandungan: Sinopsis Kuliah Homeopati Allahyarham Dr. Burhanuddin al-Helmy.

<Sumbangan konsultan HBI>

Untuk dapatkan Kuliah Dr. Burhanuddin al-Helmy sepenuhnya, sila pesan buku ini daripada HBI Health & Homoeopathy Centre, cetakan 2011.

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre @ drhatta 2011.

 

<BGSOUND src="Alleycats_-_Seribu_Bintang.mp3">